Thursday, February 26, 2009

memang semerah Padi telah aman...

alhamdulillah,

kata-kata di atas datang dari filem Semerah Padi..

"memang Semerah Padi telah aman, tp jiwaku masih berperang......

soal perang ialah soal biasa, peranglah yang mewarnai banyak penaklukan dan perpecahan. Perang jugalah yang merakam derita disatu pihak, dan gembira di satu pihak lain...Perang juga lah pencetus inovasi, merangsang tamaddun serta memusnahkan. Perang menukar wajah dan wajah perjuangan...


Di saat semua kemusnahan menerbitkan kebencian, ia juga menelurkan kegempitaan.

Kali ini, di saat aku berada di KL...400 km dr daerah ku, semua urusan ku aman sahaja sifat nya: ada perang baru yang mula tercetus, tidak terlalu perlahan tp lebih pasti -- kesukaran nya nanti ialah menguruskan peperangan ini dgn hikmah dan kebijaksanaan. Aku harap aku menang perang ini, tp seperti biasa, aku jarang menang..... lebih jarang ialah meraikan kemenangan (kerana selalu aku cuma menang perang-perang kecil)...

kata pujangga : "kita tidak perlu menang semua PERANG, tp kita perlu menang semua PERJUANGAN.....

1.33pagi
26feb2009

hari ini Supervisor ku Dr Nik menuliskan "WELL DONE" untuk 2 bab yang kutulis dalam Laporan PHD ku
Alhamdulillah...

Friday, November 21, 2008

Sunday, June 15, 2008

Risau melihat duit

Hidangan Makan malam hari ini (15Jun2008 - Ahad)ialah sebungkus laksa. Ia dibeli dari kedai yang telah biasa dengan kami Selpas hampir 3 bulan tidak menikmati kelazatan nya, hari ini RM2 sebungkus.

Sewaktu menikmati nya, isteri ku membebel - Karipap RM0.50 sebiji di jual di kantin sekolah, Pulut panggang semakin kecil (walaupun harga nya tidak meningkat).....bla bla bla....
seorang teman mengisi petrol kereta kelisa sepnuh tangki RM83.

... belum sempat aku puas dengan menikmati laksa, ia sudah habis dipinggan...terasa laksa itu selain dari ia naik 50sen sebungkus, ia juga semakin halus...........

Tiba-tiba, sebak di hati kerana.... apakah dalam proses perletakan harga semua itu, ia di asaskan oleh kos? Atau kenaikan kos itu hanya sekadar ayat-ayat berlapis dan alasan yang sebenarnya tidak diketahui oleh kebanyakan usahawan......???